Wednesday, June 26, 2013

KEKAL CERGAS & AWET MUDA CARA PAKAR DERMATOLOGI

Ingin tampil sihat dan cergas? Cuba terapkan pola makan dan olahraga sihat. Pola hidup pakar dermatologi Lisa Donofrio dari Yale mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda.

  • Lemak Sihat

Bagi memelihara kelenturan kulit, ambil lemak sihat seperti yang terdapat dalam minyak zaitun dan avokado

  • Yoga

Senaman ini membantunya melatih pernafasan, meregangkan tubuh serta membangunkan kekuatan diri. Yoga juga turut membantunya menjadikan kulit kelihatan lebih menakjubkan

  • Makan Makanan Segar

Memasak membuatkan tubuh lebih relaks. Menu vegeterian dan tomato ceri menjadi kegemarannya. Menu sayuran segar dan nasi menjadi menu hariannya

  • Cerahkan Kulit

Beliau sering menyapukan tretinoin atao tazarotene pada kulit setiap malam serta menggunakan serum kulit untuk mencegah kerosakan akibat radikal bebas.

  • Awet Muda

Ambil suplemen dua kali setiap hari kerana suplemen yang khusus dapat memberi manfaat untuk anti penuaan memang amat membantu

  • Bersinar dan Bercahaya

Bosan dengan penampilan harian? Cuba semarakkan diri dengan menggunakan glitter akan mampu membangkitkan mood penampilan anda sehari-hari

  • Bantuan Lemon

Lisa Donofrio meletakkan pohonan lemon di setiap ruang kediaman untuk membantu menyediakan oksigen serta membersihkan karbon dioksida

sumber: khairun nisa ishak; mw

No comments:

Post a Comment