Wednesday, June 26, 2013

SUSU UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Susu bukan hanya berfungsi memelihara kesihatan tubuh dari dalam tetapi juga boleh membantu menjaga kesihatan dan juga penampilan. Berikut diberikan beberapa khasiat terbaik minuman ini.

  • Melembutkan Kulit

Kandungan vitamin D dan A serta asid laktat di dalam susu boleh melembutkan kulit. Caranya, taburkan setengah cawan madu ke dalam air ketika anda sedang mengisi tab mandi. Seterusnya tambahkan juga dua cawan susu panas

  • Gel Mata

Mata kelihatan layu dan tidak bermaya? Selain menggunakan timun sebagai bahan yang boleh membantu menyegarkan mata, cubalah guna susu pula. Caranya celup kapas ke dalam susu dan sapukan pada kelopak mata. Kandungan lemak di dalam susu berfungsi melembabkan kulit kering serta mengurangi kesan pembengkakan.

  • Anti PMS

Wanita yang lebih banyak mengambil kalsium dan vitamin D (iaitu zat yang membantu menyerap kalsium) denan cara mengambil susu skim atau susu rendah lemak, menurut hasil kajian dari University Of Massachusetts, kuraqng berisiko untuk mengalami PMS ketika datang haid.

  • Tingkatkan Kesuburan

Sedang mencuba pelbagai cara untuk membolehkan aanda mengandung? Cubalah tambahkan kualiti pengambilan susu ke dalam diet mingguan anda. Kajian dari Harvard mendapati bahawa wanita yang mengambil lebih dari satu sajian produk susu tinggi lemak kurang berisiko mengalami gangguan ovulasi jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil satu sajian atau kurang setiap minggu.

sumber: mingguan wanita

No comments:

Post a Comment